Timbang semula dasar baharu subsidi haji: Asyraf

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Tabung Haji (TH) mempertimbangkan semula dasar baharu subsidi haji yang mengenakan caj penuh kepada mereka yang berjaya dalam rayuan pertama untuk menunaikan haji.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar untuk dilaksanakan memandangkan kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

“Saya dimaklumkan mengenai dasar baru subsidi haji yang diperkenalkan kepada

mereka yang merayu walaupun kali pertama menunaikan Haji mengikut Pakej Muassasah tetap dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi berjumlah RM22,900.

“Jika mengikut dasar lama TH, keutamaan pertimbangan rayuan akan diberikan kepada mereka yang perlukan mahram, mengiringi ibu atau bapa yang uzur dan mereka yang mencecah umur melebihi 60-70 tahu,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Menurut Asyraf lagi, ketika pentadbiran BN sebelum, caj yang dikenakan kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan pertama adalah sebanyak RM9,980 seorang dengan jumlah keseluruhan subsidi yang diterima adalah RM12,920.

“Berdasarkan pengalaman lama, sekitar 20-25% kekosongan setiap tahun daripada jumlah kuota yang ditetapkan lantaran kematian, keuzuran dan pelbagai faktor lain yang menyebabkan jemaah yang sepatutnya dijadualkan mengerjakan haji pada tahun tersebut menarik diri.

“Kekosongan inilah yang biasanya diisi oleh mereka yang merayu.

Artikel Berkaitan:

“Jadi, kita gesa supaya dasar baharu ini dipertimbangkan semula kerana ia jelas begitu membebankan dan menyusahkan rakyat yang ingin menunaikan Rukun Islam kelima itu,”katanya.

Dalam pada itu, Mujahid dalam satu sidang media semalam berkata,

kerajaan memberi jaminan jumlah bayaran subsidi bagi jemaah haji muassasah Tabung Haji (TH) yang menunaikan haji kali pertama akan dikekalkan pada RM9,980.

Katanya lagi, meskipun berdepan pelbagai cabaran, TH berusaha menanggung subsidi lebih RM306 juta susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: TH umum subsidi haji dikekalkan