TH umum subsidi haji dikekalkan

Mujahid ketika mengumumkan perkara itu sebentar tadi.
Mujahid ketika mengumumkan perkara itu sebentar tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan subsidi haji bagi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama kekal sebanyak RM9,980.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, meskipun berdepan pelbagai cabaran, TH berusaha menanggung subsidi lebih daripada RM306 juta.

Katanya, jumlah ini susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji tahun lalu.

“Saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi haji bagi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama. Bayaran haji kekal sebanyak RM9,980.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbang semula dasar baharu subsidi haji: Asyraf

“Untuk makluman, dalam tempoh masa 10 tahun ini TH juga telah menanggung subsidi melebihi RM1 bilion,” katanya ketika sidang media di Menara TH di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, meskipun berdepan defisit namun TH tetap tidak akan mengurangkan subsidi.

“Kita masih boleh serap subsidi, dalam keadaan kita nak pulihkan TH, ia tidak terjejas,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata, berkaitan dengan rayuan haji, ia akan berjalan seperti biasa namun, sebarang keputusan mengenainya akan mengambil kira prinsip istito’ah dalam pertimbangan untuk meluluskan rayuan tersebut. Selain itu, menuru beliau kuota jemaah haji Malaysia juga tidak berubah dengan jumlah 30,200.

“Saya ada menemui Menteri Haji dan Wakaf dari Arab Saudi untuk memohon tambahan kuota, namun mereka tidak mengakui berdepan kekangan dan mengekalkan jumlah tersebut,” ujarnya.