Mayat lelaki ditemui terapung dalam tali air

Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat dalam tali air di Kampung Kerasak, Bunut Susu, Pasir Mas pada Khamis. -Foto: Ihsan Pembaca
Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat dalam tali air di Kampung Kerasak, Bunut Susu, Pasir Mas pada Khamis. -Foto: Ihsan Pembaca
A
A
A

PASIR MAS - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam tali air di Kampung Kerasak, Bunut Susu di sini pada Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Sukrie Zubir, berusia 20 tahun.

Penemuan mayat lelaki itu diketahui polis pada jam 9.10 pagi selepas menerima panggilan dari orang awam berhubung perkara tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian telah melakukan pemeriksaan dan menemui mayat lelaki berkenaan di dalam tali air tersebut.

"Polis kemudian berjumpa saksi awal di tempat kejadian yang mengaku sebagai abang kepada mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, abang mangsa kemudian mengesahkan mayat itu adalah adiknya berdasarkan kepada seluar dan bentuk jam yang dipakai lelaki tersebut.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: