Kaunter pendaftaran dibuka kepada warga emas, OKU daftar PICK

Rina (dua dari kiri) dan Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (dua dari kanan) pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Badan Bukan Kerajaan di Putrajaya pada Khamis.
Rina (dua dari kiri) dan Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (dua dari kanan) pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Badan Bukan Kerajaan di Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah membuka kaunter pendaftaran kepada warga emas dan orang kurang upaya supaya mereka mendaftarkan diri dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kaunter pendaftaran itu dibuka dalam semua program kementerian bagi meningkatkan lagi pendaftaran vaksinasi.

“Mereka bukan sekadar mendaftarkan diri di pelbagai platform yang ada malah kita akan membantu memudahkannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Badan Bukan Kerajaan (NGO) KPWKM 2021 di sini pada Khamis.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata, fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang mengutamakan warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik akan bermula 19 April ini.

Khairy berkata, setakat Ahad lalu, kira-kira dua juta individu dalam golongan fasa kedua telah berdaftar menerusi MySejahtera, daripada sasaran sembilan juta orang.

Mengulas lanjut, Rina menambah, pihaknya juga akan memberikan kesedaran kepada mereka bagi menerima vaksin Covid-19 tersebut kerana masih ada golongan yang mahu tunggu dan lihat serta was-was.

Dalam pada itu, Rina berkata, bagi yang berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), institusi berkenaan telah mempunyai nama mereka.

“Ini kita boleh serahkan pendaftaran (Covid-19) tapi dengan syarat mereka bersetuju,” katanya.

Artikel Berkaitan: