X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Inflasi keseluruhan akan meningkat pada suku kedua: Gabenor BNM

Nor Shamsiah Mohd Yunus
A
A

KUALA LUMPUR - Inflasi keseluruhan negara dijangka meningkat secara sementara melepasi paras 5.0 peratus pada suku kedua tahun ini disebabkan kesan asas yang rendah berikutan penyusutan harga bahan bakar pada suku yang sama tahun 2020.

Bagaimanapun, ia kemudian akan menyederhana secara purata antara 2.5 peratus dan 4.0 peratus bagi tahun 2021.

Inflasi keseluruhan yang mengukur jumlah inflasi ekonomi, termasuk komoditi seperti harga makanan dan tenaga ialah pada -1.2 peratus pada suku kedua 2020 semasa negara ini diletakkan di dalam sekatan pergerakan sepenuhnya bagi mengekang penularan virus Covid-19.

"Dari segi trajektori, inflasi keseluruhan dijangka meningkat secara sementara melepasi 5.0 peratus pada suku kedua 2021 disebabkan kesan asas yang rendah daripada harga bahan bakar runcit domestik yang rendah pada suku yang sama tahun 2020 sebelum menyederhana selepas itu,” kata Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus pada Rabu.

Tahun lepas, harga minyak di pam di Malaysia ialah sekitar RM1.37 berbanding RM1.95 tahun ini.

Justeru, gabenor menegaskan bahawa peningkatan itu bersifat sementara.

Kerajaan telah menetapkan harga siling bagi petrol RON95 pada RM2.05 dan RM 2.15 satu liter untuk diesel.

Inflasi teras bagaimanapun, dijangka antara 0.5 -1.5 peratus tahun ini, kata beliau.

Inflasi teras mengukur perubahan harga pengguna secara purata, tidak meliputi harga barangan dan perkhidmatan yang dipengaruhi turun naik harga seperti harga bahan bakar.

Bagaimanapun, tinjauannya tertakluk kepada perkembangan harga minyak dan komoditi dunia. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!