X

Kindly register in order to view this article
!

Prestasi dagangan Malaysia catat peningkatan ketara

Mohamed Azmin Ali
A
A

SHAH ALAM - Prestasi perdagangan negara mencatatkan jumlah peningkatan yang sangat ketara sehingga Februari 2021 dengan pertumbuhan dua digit atau 15.4 peratus, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, berdasarkan Laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, prestasi perdagangan pada bulan tersebut mencecah RM157.27 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu.

“Jumlah yang direkodkan sehingga Februari lepas merupakan pertumbuhan tertinggi berbanding Februari tahun lalu.

“Diharap momentum pertumbuhan perdagangan akan lebih baik pada tahun ini.

“Bersama kita memacu ekonomi negara bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada Isnin, MITI dalam satu kenyataan memaklumkan perdagangan Malaysia meneruskan momentum positifnya pada Februari 2021 apabila mencatat pertumbuhan sebanyak 15.4 peratus kepada RM157.27 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut MITI, eksport meningkat 17.6 peratus kepada RM87.57 bilion manakala import naik 12.7 peratus kepada RM69.7 bilion yang menyaksikan lebihan dagangan melonjak sebanyak 41.6 peratus kepada RM17.86 bilion bagi Februari 2021.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!