Didakwa langgar SOP: Polis kesan penganjur pertunjukan fesyen

Rakaman video pertunjukan fesyen yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu lalu didakwa melanggar SOP sehingga tular di media sosial.
Rakaman video pertunjukan fesyen yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu lalu didakwa melanggar SOP sehingga tular di media sosial.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan penganjur pertunjukan fesyen tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan majlis itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya turut mengesan tetamu dalam majlis yang berlangsung di Damansara Perdana pada Rabu itu.

"Kita akan membuat semakan daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ku Mashariman berkata, semakan video tular menunjukkan kesemua tetamu yang hadir pada majlis itu telah melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Penganjur juga telah memuat naik pelbagai gambar sepanjang berlangsungnya majlis yang dianggarkan kira-kira 50 tetamu tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial," katanya.

Ku Mashariman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 22 (a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Artikel Berkaitan: