Anggota kumpulan Jad terlibat letupan gereja Makassar

Anggota polis mengangkat cebisan mayat suspek di depan Gereja Katedral Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Ahad.
Anggota polis mengangkat cebisan mayat suspek di depan Gereja Katedral Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Ahad.
A
A
A

JAKARTA - Pasangan suami isteri yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian letupan bom di luar kawasan gereja di Makkasar, Sulawesi Selatan pada Ahad disahkan anggota kumpulan pengganas Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

Ketua Divisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia Argo Yuwono berkata, siasatan awal mendapati pasangan itu baru berkahwin enam bulan lepas.

"Suspek lelaki dikenali sebagai 'L', sementara wanita 'YSF', seorang pekerja swasta.

"Polis masih menyiasat suspek lain yang turut terbabit dalam perancangan kejadian itu," kata Argo pada sidang akhbar menerusi webinar di Jakarta.

JAD merupakan kelompok pengganas di Indonesia yang terbabit dalam beberapa kejadian keganasan di Indonesia sejak 2004.

Kumpulan itu turut dikaitkan dengan kegiatan pengganas di Iraq dan Syria.

Dalam kejadian pada jam 10.20 pagi semalam, dua suspek yang menunggang sebuah motosikal bertindak meletupkan diri di luar kawasan Gereja Katedral di Makassar, yang membunuh kedua-duanya, serta mencederakan 19 orang awam.

Sementara itu, media tempatan melaporkan empat lagi suspek anggota kumpulan itu ditahan di Sulawesi Selatan dalam operasi besar-besaran polis Indonesia memburu anggota kumpulan berkenaan.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/130729/GLOBAL/Letupan-bom-bunuh-diri-di-luar-gereja-di-Makassar-sebabkan-14-cedera

Artikel Berkaitan: