X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Munaqasyah kedua isu kalimah ALLAH dua minggu lagi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri -Foto Bernama
A
A

KUALA PERLIS - Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang melibatkan pakar panel akidah dan undang-undang daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan khas, atau ‘munaqasyah’ itu adalah dari sudut perundangan dan memperkasakan apa juga fatwa berkaitan kalimah ALLAH.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pada Isnin, beliau berkata, hasil munaqasyah pertama berhubung isu berkenaan sudah dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja pada 17 Mac lepas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lepas memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah ALLAH dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat, dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan, namun Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 15 Mac lepas. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!