X

Kindly register in order to view this article
!

Zip line, musical fountain tarikan Shah Alam

Tengku Amir Shah berkenan berangkat tiba ke Majlis Perasmian Zip Line Shah Alam dan Laman Budaya Musical Fountain di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam pada Isnin. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Pembukaan Zip Line Shah Alam dan Laman Budaya Musical Fountain di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam di sini akan menjadi tarikan baharu pada April ini selepas pelancaran Taman Persahabatan Selangor-Jepun awal bulan Mac.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan dalam ucapannya berkata, pembukaan kedua produk pelancongan itu bertujuan memperkasa pelancongan tempatan di samping melibatkan pengunjung dengan sukan lasak itu.

Menurutnya, pengunjung boleh menyertai aktiviti terbang kelawar (flying fox) di ‘zip line’ tersebut secara percuma bermula 1 April sehingga 4 April sempena cuti persekolahan.

“Selepas 4 April, harga tiket menaiki 'zip line' akan dikenakan bermula daripada RM20 hingga RM40 mengikut kategori.

“Bagaimanapun istimewa untuk warga Shah Alam, diskaun sebanyak RM5 akan diberikan dengan hanya menunjukkan kad pengenalan manakala pelajar boleh menyertai aktiviti ini sebanyak dua sesi pada harga RM20.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang berkenan menuruni ‘zip line’ tersebut bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohd Rashidi berkata, Laman Budaya Musical Fountain merupakan produk pelancongan pertama dibina oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan peruntukan sebanyak RM1.96 juta.

Ujarnya, projek tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk membangunkan Taman Tasik Shah Alam sebagai satu lokasi pelancongan menarik.

“Pam airnya boleh memancur air setinggi 40 meter dan akan bergerak seiring irama lagu yang dimainkan.

“Ia akan dibuka pada Jumaat sehingga Ahad dan cuti umum pada waktu malam,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!