X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas pemberita sambilan meninggal dunia

Allahyarham Harun (duduk, kiri) bersama Normala (duduk, kanan) dan dua anaknya iaitu Norhazwani (belakang, dua dari kiri) dan Ramli.
A
A

TEMERLOH - Bekas pemberita sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Harun @ Sharifuddin Mohamed, 70, meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini pada Ahad.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman dalam darah berpunca dari penyakit prostat dihidapinya.

Anak keduanya, Norhazwani Nadiah, 35, berkata, bapanya dimasukkan ke ICU pada 24 Mac lalu.

"Ayah pernah dimasukkan ke hospital pada 15 Mac lalu sebelum keluar semula dua hari kemudian.

"Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah walaupun sedih dengan kehilangan ini," katanya pada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, Allahyarham merupakan seorang yang ceria dan peramah, malah kehilangannya sangat dirasai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Normala Hamzah, 62, dan mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Ramli, 41, serta mempunyai dua cucu.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kerdau di sini selepas Asar.

Semasa hayatnya, Allahyarham telah berkhidmat dengan Bernama kira-kira 10 tahun sebelum berhenti pada tahun 2018.

Selain Bernama, Allahyarham pernah menyertai agensi berita lain seperti NTV7.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!