MB Johor dakwa Muhyiddin lemah di Pagoh

HASNI MOHAMMAD
HASNI MOHAMMAD
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lemah di kawasannya sendiri iaitu di Pagoh.

Beliau berkata, berdasarkan kajian daripada UMNO Johor, orang Melayu di negeri itu yang menyokong Perikatan Nasional (PN) hanyalah 26 peratus.

“Kalau jeneral berperang esok akan diganggu gugat oleh UMNO Pagoh, mudahlah kerja tuan-tuan dan puan-puan untuk menawan negara ini,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Ahad.

Hasni yang merupakan wakil Johor berkata, disebabkan itu beliau mahukan kepimpinan parti mahu autonomi diberikan kepada negeri berkenaan.

“Biar kami rancang cara mana dan bagaimana untuk kami melemahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Johor ini.

“Ini kerana pengerusinya itu adalah Perdana Menteri yang akan membawa segala bentuk kekuatan dan keupayaan yang ada. Ini untuk memastikan beliau dan partinya berkuasa di negeri Johor,” katanya.

Hasni berkata, kepimpinan parti perlu memberi tanggungjawab berkenaan kepada mereka.

“Kita pernah buktikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Pada hari ini, kita masih lagi pegang rekod mempunyai majoriti yang terbesar iaitu 15,086 (undi),” katanya.

Artikel Berkaitan: