X

Kindly register in order to view this article
!

Pesara maut, motosikal kemalangan dengan Myvi

Lokasi kemalangan di KM5 Jalan Jerantut-Temerloh, berhampiran simpang Kampung Pisang, Jerantut pada Ahad. - Foto: Ihsan PDRM
A
A

JERANTUT - Seorang pesara kerajaan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 5 Jalan Jerantut-Temerloh, berhampiran simpang Kampung Pisang di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.25 pagi itu, Lahlin Zakaria, 72, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian melibatkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dan Perodua Myvi.

Beliau berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 20 tahun itu dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Jerantut.

"Setibanya di tempat kejadian berhampiran simpang tersebut, tiba-tiba datang motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah bertentangan dan masuk ke hadapan laluan dan berlaku pelanggaran.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, bagaimanapun pemandu kereta tersebut selamat dan tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan Perodua Myvi berkenaan remuk di bahagian hadapan manakala motosikal berkenaan rosak di bahagian depan, penutup rantai serta pemijak kaki.

"Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!