Dua tekong, lapan PATI dicekup PGA

Kereta yang digunakan untuk membawa PATI ditahan di Kampung Kubang Kual, Rantau Panjang.
Kereta yang digunakan untuk membawa PATI ditahan di Kampung Kubang Kual, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Dua lelaki yang bertindak sebagai tekong darat dicekup bersama lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita warga Thailand dalam serbuan berasingan di Rantau Panjang dan Tumpat pada Jumaat serta Sabtu.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, serbuan pertama pada Jumaat itu pihaknya telah menahan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Kubang Kual, Rantau Panjang.

"Anggota PGA kemudian bertindak menahan kenderaan itu dan hasil pemeriksaan telah menemui empat PATI warga Thailand berusia antara 31 hingga 39 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, PGA turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang disyaki bertindak sebagai tekong darat bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua PATI dibawa masuk menggunakan pangkalan haram di sekitar Rantau Panjang untuk bekerja di Johor.

Nor Azizan berkata, serbuan kedua di sebuah chalet dekat Wakaf Bharu, Tumpat, PGA berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 56 tahun yang bertindak sebagai tekong darat bersama empat PATI warga Thailand.

Katanya, kesemua suspek yang dicekup itu berusia antara 59 hingga 37 tahun.

"PGA akan terus melipat gandakan operasi dalam usaha mengekang kemasukan PATI ke negara ini dalam usaha memutuskan pandemik Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: