X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buru penunggang motosikal raba remaja

Rakaman CCTV kejadian seorang gadis dicabul di Jalan Hamzah, Kota Bharu pada pagi Khamis.
A
A

KOTA BHARU - Polis memburu seorang lelaki bermotosikal yang bertindak meraba punggung seorang remaja ketika mangsa berjalan bersendirian di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah di sini pada pagi Khamis.

Kejadian berlaku pada jam 9.40 pagi ketika remaja berusia 18 tahun itu dalam perjalanan menuju tempat kerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, perbuatan itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, mangsa dihampiri dari arah belakang oleh lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda C90 berwarna coklat.

“Penunggang lelaki itu kemudian bertindak meraba bahagian punggung mangsa lalu memecut motosikalnya.

“Kejadian menyebabkan mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, hasil penelitian CCTV mendapati suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an.

Katanya, usaha giat dijalankan bagi mengesan suspek dan berdasarkan semakan nombor siri pendaftaran pemilik motosikal tersebut berasal dari Kuala Lumpur.

“Berkemungkinan motosikal itu sudah dijual, namun nama pemilik belum ditukar.

“Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mengenali suspek menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!