Perhimpunan Agung UMNO bermula

Mohamad (tengah) ketika hadir pada acara perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 hari ini. - Foto Bernama
Mohamad (tengah) ketika hadir pada acara perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung selama dua hari bermula pada Sabtu.

Perhimpunan bermula pada jam 8.35 pagi yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Sabtu secara serentak.

Ketibaan beliau diiringi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

PAU 2020 diadakan pada tahun ini selepas setahun ditangguhkan susulan Covid-19 dan ia menjadi perhatian kerana dilihat penting buat UMNO dalam menentukan hala tujunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini termasuklah untuk mendapatkan keputusan sebulat suara perwakilan terhadap ketetapan yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu untuk tidak lagi bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU15.

Selain isu memutuskan kerjasama dengan Bersatu, turut diberikan tumpuan adalah mengenai pendirian UMNO terhadap Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk bersama Pas.

Sementara itu, perhimpunan agung kali ini juga diadakan secara bersemuka dan maya selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu.

Artikel Berkaitan: