Hospital terbakar di Mumbai, korban meningkat kepada 9 orang

Angka korban dalam kejadian kebakaran di sebuah hospital Covid-19 di Mumbai, India meningkat kepada sembilan orang.
Angka korban dalam kejadian kebakaran di sebuah hospital Covid-19 di Mumbai, India meningkat kepada sembilan orang.
A
A
A

NEW DELHI - Angka korban dalam kejadian kebakaran di sebuah hospital Covid-19 di Mumbai, India meningkat kepada sembilan orang dan beberapa lagi dikhuatiri terperangkap, lapor Agensi Berita Xinhua.

Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP), Prashant Kadam berkata, enam lagi mayat dijumpai menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat ini sembilan orang.

"Kami diberitahu beberapa orang lagi masih hilang dan dikhuatiri terperangkap. Kami sedaya upaya cuba untuk mengesan mereka," tambahnya.

Api dapat dipadam pada lewat malam Khamis.

Hospital terletak di daerah Bhandup, Mumbai itu diubah suai menjadi pusat rawatan Covid-19 selepas berlaku gelombang kedua wabak itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: