Bayi lelaki miliki nombor bertuah 321

Charish bersama anaknya, Carter yang memiliki nombor bertuah 321. - Foto Daily Mail
Charish bersama anaknya, Carter yang memiliki nombor bertuah 321. - Foto Daily Mail
A
A
A

BREVARD - Nombor 321 disifatkan nombor bertuah buat bayi lelaki yang dilahirkan pada 21 Mac lalu jam 3.21 petang di Florida yang juga mempunyai kod kawasan bernombor 321.

Menerusi Daily Mail, Charish Persico, 24, dari Pulau Merritt, menyambut kelahiran anaknya, Carter Kerr di Hospital Cape Canaveral di Pantai Cocoa pada petang Ahad.

Bukan sahaja tarikh dan waktu kelahirannya sama, malah kebetulan hospital terbabit juga terletak di kod kawasan 321 daerah Brevard.

"Masa Carter dilahirkan, ibu memberitahu, saya selamat melahirkan bayi lelaki pada 21 Mac jam 3.21 petang dan doktor memaklumkan saya berada di kod kawasan 321 juga. Sungguh luar biasa!

"Carter dilahirkan lima hari lebih awal dengan berat 3.6 kilogram dan panjang 48.26 sentimeter," katanya.

Artikel Berkaitan: