Jaja di lampu isyarat: Polis beri amaran 'mesra' sebelum tindakan

Gambar hiasan. Gambar kecil: Abd Jalil Hassan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Abd Jalil Hassan
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang meminta semua penjaja makanan di persimpangan lampu isyarat di negeri ini menghentikan segera aktiviti jualan mereka sebelum tindakan diambil.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, tindakan penjaja terbabit bukan sahaja mengganggu lalu lintas malah boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, tindakan itu satu kesalahan dan tindakan boleh diambil.

"Bagaimanapun ketika ini, kita mengambil pendekatan dengan memberikan amaran 'mesra' supaya menghentikan aktiviti itu," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Memperingati Hari Polis Ke-214 Peringkat Kontinjen Pahang di sini pada Khamis.

Abd Jalil berkata, setakat ini belum ada saman dikeluarkan terhadap penjaja makanan terbabit tetapi tindakan itu tetap dilaksanakan jika mereka terus berdegil.

Artikel Berkaitan: