X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Kertas siasatan isu potong barisan suntik vaksin hampir selesai

Shafien tengah bergambar bersama pengamal media sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 214 peringkat Kontinjen Kelantan di Dewan Dato' Dr Abdul Rahman di IPK pada Khamis. - Foto IPK Kelantan
A
A

KOTA BHARU - Kertas siasatan berhubung dakwaan 200 ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan yang didakwa 'memotong barisan' bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 hampir selesai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pegawai Kementerian Kesihatan Negeri Kelantan pada minggu lalu.

"Semua kertas siasatan hampir selesai dan dirujuk kepada pendakwa raya negeri. Pendakwa raya negeri telah mengangkat kes ini ke Putrajaya untuk mendapat arahan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Sambutan Peringatan Hari Polis ke 214 peringkat Kontinjen Kelantan di Dewan Dato' Dr Abdul Rahman, pada Khamis. Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Abdullah Muhammad Piah.

Pada majlis tersebut Shafien menyampaikan sijil penghargaan kepada 23 pengamal media termasuk Ketua Wartawan Sinar Harian, Rosmiza Kasim dan Wartawan, Hazelen Liana Kamaruddin selain pemakaian pangkat kepada pegawai.

Pada 3 Mac lalu, Kerajaan Kelantan tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan 200 kakitangan kerajaan negeri cuba memotong giliran sebagai penerima awal suntikan vaksin yang tular di media sosial.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Taufiq Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, kesemua 1,712 pegawai dan anggota sudah mengambil suntikan vaksin untuk dos pertama manakala 20 peratus masih belum selesai untuk suntikan dos kedua.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!