X

Kindly register in order to view this article
!

Presiden Turki sekali lagi dilantik terajui parti pemerintah

Recep Tayyip Erdogan
A
A

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sekali lagi dipilih untuk menerajui Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dalam perhimpunan agung parti itu pada Rabu, lapor Xinhua.

"Kami tekad untuk tunaikan janji-janji kami kepada negara, terutama perlembagaan baharu," kata Erdogan ketika berucap kepada perwakilan parti selepas pemilihan.

Menurut pegawai parti, Erdogan memperoleh 1,428 undi daripada keseluruhan jumlah undi 1,431, tiga undi rosak.

Pada perhimpunan agung itu, Erdogan turut melakukan perubahan besar dengan melantik bekas Perdana Menteri, Binali Yildirim menjadi ahli lembaga pembuat keputusan dan pentadbiran parti.

Rombakan Kabinet juga dijangka dibuat dalam waktu terdekat. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!