X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Malaysia, Singapura guna teknologi blok rantai untuk sijil vaksinasi

Khairy Jamaluddin semasa pertemuan dengan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di Putrajaya pada Selasa. - Foto FB Khairy Jamaluddin
A
A

KUALA LUMPUR - Sijil vaksinasi digital Malaysia dan Singapura dilindungi teknologi keselamatan blok rantai (blockchain) selain dilengkapi ciri mengesan kelompok botol vaksin yang tepat untuk kegunaan inokulasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, demikian dalam kiriman terbaru di Facebooknya mengenai perkara dibincangkan dalam pertemuan dengan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di Putrajaya, pada Selasa.

"Saling boleh kendali antara sistem pensijilan digital yang digunakan kedua-dua negara sangat penting terutama bagi memastikan piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan negara-negara lain," katanya.

Kedua-dua menteri juga membincangkan mengenai rancangan imunisasi kebangsaan masing-masing dan pertukaran amalan terbaik serta pengiktirafan dan perakuan sijil vaksinasi bagi tujuan pembukaan sempadan.

Malaysia dan Singapura juga komited untuk meneruskan kerjasama erat bagi tujuan pemulihan pasca-pandemik.

Dr Balakrishnan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula pada Selasa.

Pada Selasa, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bertemu rakan sejawatannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dr Balakrishnan juga dijadual bertemu Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Rabu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!