Mesin meletup, operator kilang terselamat

Mesin ‘spray tower’ yang dikatakan meletup dalam kejadian itu. Foto: Ihsan JBPM
Mesin ‘spray tower’ yang dikatakan meletup dalam kejadian itu. Foto: Ihsan JBPM
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang operator kilang terselamat dalam kejadian letupan mesin di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung, Pasir Gudang pada pagi Rabu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, hanya operator kilang itu berada di kawasan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, sebanyak dua jentera FRT, satu jentera EMRS dan satu kenderaan utiliti dari BBP Pasir Gudang bersama satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Johor Jaya dengan kekuatan 26 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Letupan mesin di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung, Pasir Gudang pada pagi Rabu menyebabkan kerosakan pada bahagian atap kilang. Foto: Ihsan JBPM
Letupan mesin di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung, Pasir Gudang pada pagi Rabu menyebabkan kerosakan pada bahagian atap kilang. Foto: Ihsan JBPM

"Sebaik tiba di lokasi, kita dapati letupan itu melibatkan satu unit mesin ‘spray tower’ yang berada di tingkat empat bangunan kilang.

"Kesan letupan mengakibatkan kemusnahan 10 peratus pada mesin kilang sahaja. Bomba kemudian bertindak memastikan tiada punca api dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau bagaimanapun berkata, letupan itu tidak melibatkan struktur.

"Operasi ditamatkan pada jam 9.31 pagi, manakala punca letupan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," kata beliau.

Artikel Berkaitan: