Sungai Tembeling melimpah, lapan kedai dinaiki air

Keadaan air Sungai Tembeling di Kampung Bantal pada pagi Rabu.
Keadaan air Sungai Tembeling di Kampung Bantal pada pagi Rabu.
A
A
A

JERANTUT - Sebanyak lapan kedai di pinggir Sungai Tembeling di Kampung Bantal di sini terjejas berikutan air sungai itu melimpah akibat hujan lebat pada Rabu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut melalui kenyataannya berkata, paras air Sungai Tembeling mula naik sekitar jam 2 pagi dan mula melimpah tebing jam 8 pagi.

Menurut kenyataan itu, lima kedai terdiri daripada kedai kopi dan sebuah kedai runcit yang berada di atas tebing dilimpahi air manakala tiga lagi terapung (mempunyai pelampung).

Anggaran kerosakkan masih dalam penilaian pihak berkenaan.

Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Kejadian banjir kilat itu berlaku ekoran hujan lebat berterusan sejak Selasa.

Berdasarkan portal publicinfobanjir.water.gov.my, bacaan curahan hujan pada pada Selasa di stesen Sungai Tembeling, Kampung Bantal mencatat bacaan 105 milimeter (mm).

Bagaimanapun paras air sungai menunjukkan trend menurun dengan bacaan 103.34 sehingga jam 9.15 pagi pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Keadaan paras air sungai terus dipantau dari masa ke masa.