X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga direman kes rasuah projek pelitup muka bernilai RM9 juta

Dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa berhubung siasatan kes rasuah membabitkan projek pelaburan pelitup muka bernilai lebih RM9 juta, tahun lalu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret di sini pada Selasa membenarkan tiga individu termasuk dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membabitkan projek pelitup muka bernilai lebih RM9 juta, tahun lalu.

Penolong Pendaftar, Wan Azianti Abd Salleh membenarkan ketiga-tiga individu berusia antara 49 hingga 59 tahun itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perintah reman dikeluarkan selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 Mac depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kesemua suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.35 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Ketiga-tiga individu terbabit ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.
Ketiga-tiga individu terbabit ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.

Menurut sumber SPRM, penjawat awam berusia 59 tahun itu ditahan di pejabatnya di Terengganu, manakala dua pengarah berusia 49 dan 51 tahun ditahan di pejabat masing-masing di Selangor pada Isnin.

"Kesalahan ini disyaki dilakukan sekitar tahun lalu di mana dua pengarah syarikat dipercayai telah memberi rasuah kepada seorang penjawat awam sebagai balasan mencadangkan pelaburan dalam usahasama dengan syarikat tersebut untuk pengeluaran produk pelitup muka dengan nilai keseluruhan projek dianggarkan sekitar RM9 juta," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!