Kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan

Kerja-kerja pengalihan kenderaan yang remuk selepas dihempap struktur besi kren yang jatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, pagi Isnin. 
 Foto Bernama
Kerja-kerja pengalihan kenderaan yang remuk selepas dihempap struktur besi kren yang jatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, pagi Isnin. 
 Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja mengeluarkan mangsa yang masih tersepit dalam kejadian struktur besi kren launcher terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras di sini masih dijalankan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan, operasi mengeluarkan mangsa yang terhimpit di antara struktur besi masih dijalankan.

"Operasi yang dijalankan semalam (Isnin) disambung pada hari ini.

"Sekarang ini operasi untuk stabilkan struktur binaan oleh pihak kontraktor sedang dijalankan, dijangka mengambil masa lebih kurang tujuh hingga sembilan jam," katanya.

Pada Isnin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti tiga identiti mangsa yang maut dalam insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, tiga pekerja projek pembinaan tersebut yang berasal dari China dikenali sebagai Ding Kunfu, Jiang Jinboa dan Mu Tong Zheng.

AKAN MENYUSUL

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut struktur besi kren terjatuh

Artikel Berkaitan:

Projek pembinaan SUKE dihenti sementara

Kren terjatuh: Seorang lagi mangsa maut masih tersepit