Pas Pahang ulangi pendirian perkukuh Muafakat Nasional

Pas Pahang sekali lagi mengulangi pendirian parti itu akan terus komited dan konsisten dalam mengukuhkan lagi persepakatannya dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional. Gambar kecil: Rosli
Pas Pahang sekali lagi mengulangi pendirian parti itu akan terus komited dan konsisten dalam mengukuhkan lagi persepakatannya dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional. Gambar kecil: Rosli
A
A
A

KUANTAN - Pas Pahang sekali lagi mengulangi pendirian parti itu akan terus komited dan konsisten dalam mengukuhkan lagi persepakatannya dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional.

Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar menegaskan, persepakatan itu dibuat demi perpaduan ummah, memperkuatkan dan menambah majoriti serta mengekalkan kuasa Melayu Islam.

Menurutnya, sikap Muafakat Nasional Pahang yang sentiasa bertolenrasi menjadikan persepakatan antara Pas dan UMNO begitu stabil dan harmoni.

"Sehingga kini badai di laut sebelah tidak menggoncangkan kapal kami (Muafakat Nasional) di laut Pahang. Harap tiada yang melontar batu di air yang tenang ini.

"Muafakat Nasional Pahang akan teruskan komitmen membangunkan Pahang dan membantu rakyat berbilang kaum," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, kesan daripada ketenangan dan kestabilan hubungan ini menjadikan perjalanan pentadbiran di Pahang begitu harmoni, tumpuan dapat diberikan dengan sepenuhnya kepada urusan pentadbiran.

"Kita dapat lihat melalui percambahan ekonomi, dapatan kewangan negeri yang meningkat, pembayaran hutang, menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri yang begitu komited membantu rakyat dalam pelbagai sudut secara konsisten.

"Pihak Pas terus berbincang dengan baik terhadap apa jua perkara dan tetap diberikan pertimbangan seimbang oleh pihak UMNO yang menjadi tunggak pemerintahan kerajaan Pahang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Rosli menjelaskan, Pas Pahang akan tetap bersikap tidak akan mengganggu perjalanan pentadbiran negeri yang ditunjangi UMNO meskipun tiada sebarang jawatan.