Kerjasama GRS aspirasi rakyat Sabah, mahu lebih banyak pembangunan

Ronald Kiandee -Foto Bernama
Ronald Kiandee -Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerjasama erat yang dijalin antara parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan sebuah aspirasi rakyat di negeri untuk melihat lebih banyak pembangunan dilaksanakan, kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan yakin perancangan dilakar oleh kerajaan negeri akan dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Menurutnya, komitmen kerajaan Persekutuan untuk memberi kerjasama padu kepada kerajaan Sabah juga dilihat berupaya memacu pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik di negeri itu.

“Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN) menyedari akan jurang perbezaan dalam aspek pembangunan di Sabah berbanding negeri lain di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, kerajaan Sabah diterajui Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor telah memberi harapan baharu terhadap agenda pembangunan di negeri itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di sini pada Isnin menyatakan komitmen kerajaan Persekutuan untuk merapatkan jurang sosioekonomi di Sabah berbanding negeri lain dalam tempoh 10 tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: