SUKE buat lencongan, tutup jalan untuk kerja pembersihan

Peta laluan alternatif dan lencongan berkenaan penutupan jalan di Persiaran Alam Damai, Cheras.
Peta laluan alternatif dan lencongan berkenaan penutupan jalan di Persiaran Alam Damai, Cheras.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) membuat lencongan dan menutup laluan sementara di Persiaran Alam Damai, Cheras di sini bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan ekoran insiden kren jatuh sehingga mengorbankan tiga nyawa pada Isnin.

SUKE menerusi satu kenyataan berkata, kerja-kerja tersebut dilaksanakan bermula 22 Mac sehingga 28 Mac 2021.

Menurut kenyataan itu, pengguna dari arah Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang ingin menuju ke Alam Damai akan dilencongkan ke Jalan Cerdas (Pasar Malam Taman Connaught) untuk keluar ke Jalan Alam Damai berhampiran OCBC Bank, melalui bangunan Altitude 236.

"Semasa penutupan dijalankan, hanya penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran penutupan iaitu bangunan Altitude 236, Mandarina, UCSI University dan Kondominium Puncak Banyan dibenarkan menggunakan laluan tersebut.

"Penempatan pengawal trafik dan lalu lintas, kon keselamatan dan papan tanda amaran serta arah akan diletakkan di sepanjang laluan yang terlibat.

"Pengguna dinasihatkan mematuhi papan tanda arah serta arahan kakitangan bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat di sepanjang laluan tersebut," katanya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Prolintas sahkan kemalangan di tapak pembinaan SUKE

Artikel Berkaitan:

[DIKEMASKINI] Tiga maut struktur besi kren terjatuh