Prolintas sahkan kemalangan di tapak pembinaan SUKE

PROLINTAS
PROLINTAS
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (Prolintas) mengesahkan kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan SUKE pada awal pagi Isnin.

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, pasukan Emergency Response Team (ERT) SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa telah dijalankan.

“Melalui siasatan awal, tiga pekerja pembinaan warga China meninggal dunia, manakala seorang pengguna jalan raya cedera dalam kejadian ini.

“Difahamkan, kejadian berlaku apabila salah satu dari komponen kren gantri terjatuh. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Artikel Berkaitan: