Kempen pembudayaan norma baharu di lokasi tumpuan pelancong diperhebat

Sebahagian penggiat sektor pelancongan memegang plakad tanda sokongan terhadap program Komunikasi Tindakan Setempat (KomTiS): Pembudayaan Norma Baharu di Pulau Perhentian, pada Ahad.
Sebahagian penggiat sektor pelancongan memegang plakad tanda sokongan terhadap program Komunikasi Tindakan Setempat (KomTiS): Pembudayaan Norma Baharu di Pulau Perhentian, pada Ahad.
A
A
A

BESUT - Kempen pembudayaan norma baharu bagi memutuskan rantaian Covid-19 diperhebat di lokasi tumpuan pelancong di negeri ini susulan peningkatan kunjungan selepas kebenaran rentas negeri menerusi Gelembung Pelancongan Bersasar dikuatkuasakan bermula pada 10 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Terengganu, Ahmad Ammar Othman berkata, kawasan tumpuan seperti lokasi peranginan dan Tasik Kenyir dijangka menerima limpahan pelancong tempatan dan luar negeri selepas pihak berkuasa membenarkan aktiviti rentas negeri.

"Penduduk setempat perlu mendapat maklumat tepat mengenai pembudayaan norma baharu kerana kawasan tumpuan pelancong terutama di pulau-pulau sentiasa menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri.

"Japen bertanggungjawab turun padang dan bertemu komuniti terutama mereka yang terbabit dalam sektor pelancongan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19," katanya pada program Komunikasi Tindakan Setempat (KomTiS): Pembudayaan Norma Baharu di Pulau Perhentian, pada Ahad.

Program itu diadakan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Pejabat Daerah Besut dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Perhentian.

Japen Terengganu turut mengedarkan risalah berkaitan norma baharu, keperluan menerima vaksin Covid-19, proklamasi darurat dan m QR setabbahan terbitan Japen di kawasan tumpuan orang ramai.

Artikel Berkaitan: