DBKL tangguh tutup jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew

Pemakluman penutupan jalan berkenaan pada 1 Ogos lalu.
Pemakluman penutupan jalan berkenaan pada 1 Ogos lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menangguhkan penutupan Jalan Sungai Besi berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew yang sepatutnya bermula Sabtu ini.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, penangguhan itu berkuat kuasa sehingga ke tarikh baharu yang akan diberitahu kelak.

"Kenyataan media bertarikh 1 Ogos 2023 oleh DBKL mengenai penutupan jalan tersebut yang dijadualkan bermula 5 Ogos 2023 sehingga 4 Ogos 2024, adalah dibatalkan.

"Pengguna jalan raya di laluan berkenaan boleh melalui laluan tersebut seperti biasa, " katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini DBKL memaklumkan Jalan Sungai Besi arah selatan akan ditutup selama setahun bagi memberi laluan kepada kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Jalan terlibat adalah laluan menghala ke Sungai Besi/Petaling Jaya terletak berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew.