X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Kes rasuah Zahid: Hakim perintah pihak pendakwaan, pembelaan fail hujahan bertulis

Ahmad Zahid (lima dari kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menghadapi perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana milik Yayasan Akalbudi.
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas memanggil 99 saksi untuk memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini pihak pendakwaan pada Jumaat menutup kes 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas saksi terakhir Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khairudin Kilau, 45, selesai memberikan keterangan.

Sequerah memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis sebelum 28 Mei depan dan mengemukakan jawapan balas pada 11 Jun.

Mahkamah turut menetapkan lima hari bermula 28 Jun untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum memutuskan sama ada Ahmad Zahid dibebaskan daripada pertuduhan tersebut atau diperintahkan untuk membela diri.

Raja Rozela memaklumkan pihak pendakwaan menawarkan 37 saksi kepada pihak pembelaan termasuk anak Presiden UMNO, Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suami kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!