Primrose penuhi keperluan pembeli

Rumah Primrose yang dijangka siap pada tahun 2023.
Rumah Primrose yang dijangka siap pada tahun 2023.
A
A
A

GLOMAC Berhad pada Jumaat melancarkan fasa pembangunan kediaman mampu milik terbaru, Primrose yang terletak di Saujana KLIA, Sepang.

Ketua Pemasaran dan Penjualannya, Kim Neoh berkata, Primrose merupakan projek rumah teres dua tingkat yang terdiri daripada 123 unit kediaman kategori mampu milik dengan harga berpatutan di bawah RM500,000.

Beliau berkata, menerusi projek pembangunan itu, sasaran diletakkan pihaknya adalah untuk memenuhi keperluan pembeli rumah pertama dan pembeli profesional muda termasuk pelabur yang mencari hartanah kediaman jauh kesibukan kota.

"Primrose adalah sebuah projek pembangunan yang mencerminkan komitmen Glomac dalam membangunkan rumah mampu milik yang berkualiti.


Kim Neoh ketika sesi taklimat maya Primrose Glomac menerusi aplikasi Zoom pada Khamis.
Kim Neoh ketika sesi taklimat maya Primrose Glomac menerusi aplikasi Zoom pada Khamis.

"Selain itu, kita maklum dan yakin para pelanggan menantikan pembangunan kediaman mampu milik sebegini," katanya ketika sesi taklimat maya Primrose Glomac pada Khamis.

Neoh berkata, Primrose adalah sebahagian daripada pembangunan Saujana KLIA (SKLIA) yang berkeluasan 93 hektar (231 ekar) dengan nilai pembangunan kasar (NPK) berjumlah RM1.3 bilion.

Setakat ini, katanya, Glomac sudah menjayakan tujuh pembangunan kediaman yang terdiri daripada 905 unit rumah teres dua tingkat dan sebuah hab komersial merangkumi 72 buah kedai pejabat dengan anggaran NPK sebanyak RM560 juta.

Artikel Berkaitan:

Pemandangan kawasan Saujana KLIA dari udara.
Pemandangan kawasan Saujana KLIA dari udara.

SKLIA dibangunkan pada tahun 2015 sebagai pembangunan kediaman bercampur di pinggir bandar dengan pelbagai jenis rumah atas tanah mampu milik seperti rumah teres dua tingkat berukuran 20’x70’ dan 20’x75’, banglo, kedai pejabat, pangsapuri dan rumah bandar sebesar 24’x60’ dan 22’x70’.

SKLIA juga terletak di lokasi strategik yang berdekatan dengan kemudahan seperti institusi pendidikan, pusat komersial, pusat pengangkutan awam, pusat logistik strategik, kemudahan penjagaan kesihatan dan kawasan rekreasi, malah ia boleh diakses melalui Lebuhraya Kesas, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Maju (Mex), Lebuhraya Elite Lebuhraya KLIA dan Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

No Image Caption

Sementara itu, Pengurus Penjualan dan Pemasaran (Perbandaran) Glomac, Eliza Jamaludin berkata, semua kediaman ditawarkan Primrose mempunyai ciri keluasan yang menonjolkan kebebasan tanpa had untuk ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur.

Eliza Jamaludin
Eliza Jamaludin

"Ia dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik mandi dalam kawasan binaan antara 1,560 kaki persegi dan 2,288 kaki persegi dalam ruang 20’x60’ kps.

"Rumah mampu milik ini bermula pada harga RM498,800 untuk unit perantaraan dan dijangka siap pada tahun 2023,"katanya.