Anggota polis, isteri maut kereta bertembung lori

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
A
A
A

GERIK - Seorang anggota polis dan isterinya maut sementara dua cucu mereka terselamat selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori kargo 16 tan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berdekatan kawasan rehat dan rawat Banjaran Titiwangsa di sini pada Khamis.

Kejadian lebih kurang jam 3.45 petang itu mengorbankan pemandu kereta jenis Perodua Axia, Muhamad Zaidi Mohamad Dahalan, 57, dan isterinya, Rosmiza Mohd Zain, 51.

Muhamad Zaidi yang bertugas sebagai sarjan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Kelantan dan isteri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara cucu mereka berusia tujuh dan sembilan tahun cedera ringan telah dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan oleh orang awam.

Difahamkan, ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kelantan ke Kedah.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 3.59 petang memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan dan terdapat mangsa yang tersepit.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik yang dihantar ke lokasi kejadian segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat dua mangsa cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.

"Dua lagi mangsa yang cedera dibawa keluar oleh orang awam dan dihantar ke hospital untuk rawatan. Pemandu lori bagaimanapun tidak cedera," katanya.