SPRM tahan penguat kuasa terima rasuah RM1,500

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Khamis kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM1,500 daripada seorang individu yang telah melakukan kesalahan maritim.

Lelaki berusia 28 tahun yang bertugas di Kota Kinabalu ditahan SPRM di Sepanggar pada jam 7.30 petang Rabu.

Dipercayai wang itu adalah sebagai dorongan agar suspek tidak mengambil tindakan terhadap individu terbabit yang menggunakan lesen kapal kecil telah tamat tempoh.

Pengarah SPRM Sabah S.Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

"Suspek tersebut ditahan selama tempoh 24 jam untuk diambil keterangan dan telah dilepaskan dengan jaminan SPRM hari ini (Khamis)," katanya ketika dihubungi pemberita menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan: