X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL sita rumah urut, restoran gajikan warga asing

DBKL menyita sebuah restoran dan premis rumah urut haram di Jalan Tun Tan Siew Sin dan Jalan Kuchai Maju pada Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebuah restoran dan premis rumah urut haram di Jalan Tun Tan Siew Sin dan Jalan Kuchai Maju pada Rabu.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengusaha restoran terbabit dikesan melanggar syarat lesen dengan menggajikan warga asing manakala rumah urut disyaki menawarkan aktiviti pelacuran.

“Hasil serbuan dijalankan di dua lokasi tersebut mendapati sebuah premis tidak mempunyai lesen perniagaan dan sebuah lagi premis melanggar syarat lesen dengan menggajikan warga asing tanpa kebenaran.

“Menerusi aduan yang diterima, DBKL telah membuat pemantauan dan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di premis urut berkenaan,” katanya.

Hasil serbuan DBKL di Jalan Kuchai Maju pada Rabu mendapati sembilan wanita warga Thailand dan Vietnam berada di dalam premis urut.
Hasil serbuan DBKL di Jalan Kuchai Maju pada Rabu mendapati sembilan wanita warga Thailand dan Vietnam berada di dalam premis urut.

Menurutnya, DBKL mengeluarkan dua notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan tiga notis di bawah UUK 20(1)(b) undang-undang sama.

Kedua-dua premis diarahkan tutup serta-merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Hasil serbuan di Jalan Kuchai Maju mendapati sembilan wanita warga Thailand dan Vietnam berada di dalam premis urut, manakala di Jalan Tun Tan Siew Sin terdapat tiga lelaki warga Bangladesh bekerja tanpa kebenaran di premis perniagaan berkenaan.

“DBKL menyita 25 peralatan di premis urut termasuk kamera litar tertutup (CCTV), kondom, monitor minyak pelincir dan lain-lain,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!