KJ individu pertama terima suntikan vaksin Sinovac

Khairy Jamaluddin selesai mendapatkan vaksin Covid-19, jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Rembau sebentar tadi.
Khairy Jamaluddin selesai mendapatkan vaksin Covid-19, jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Rembau sebentar tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar, selesai mendapatkan vaksin Covid-19, jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Rembau sebentar tadi, yang dikendalikan oleh Vaksinator, Ketua Penyelia Jururawat, Hospital Rembau Salha Abd Samad.

Khairy Jamaluddin merupakan individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 Sinovac dari China, bersama 10 anggota barisan hadapan.

Vaksin Sinovac tiba di Malaysia pada 27 Februari menjadikannya bekalan kedua bagi vaksin Covid-19 dalam tempoh seminggu, selepas Pfizer-BioNTech diterima pada 21 Februari lalu.

Vaksin Sinovac yang juga dikenali sebagai CoronaVac, diperoleh menerusi perjanjian bekalan meliputi sebanyak 14 juta dos.

Khairy Jamaluddin menerima suntikan vaksin Covid-19, jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Rembau sebentar tadi.
Khairy Jamaluddin menerima suntikan vaksin Covid-19, jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Rembau sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: