X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Harga RON97 naik tujuh sen, RON95 dan diesel kekal

Harga RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15, RON97 naik 7 sen kepada RM2.47 bagi tempoh 18 Mac sehingga 24 Mac depan.
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.47 seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 serta RM2.15 bagi tempoh 18 Mac sehingga 24 Mac depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu berkata, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar telah meningkat melebihi paras yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Dalam masa sama, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!