Tak pasti siapa 'makan' duit UMNO: Rafizi

Paparan skrin ciapan Rafizi di laman mikro Twitternya, hari ini.
Paparan skrin ciapan Rafizi di laman mikro Twitternya, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - PKR mendakwa memang berlaku rasuah antara UMNO dengan Pas cuma tidak pasti siapa yang menerimanya.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, perkara itu telah diakui Ahli Parlimen Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Memang wang mengalir dari UMNO kepada Pas sebelum PRU14. Diakui sendiri oleh YB Nik Abduh yang katanya atas pengetahuan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas).

ARTIKEL BERKAITAN: Saya dah kata itu suara Nik Abduh: Salahuddin

“Najib Razak (bekas Presiden Umno), Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akui strategi pecah undi pembangkang sebelum PRU14.“Yang tak pasti berapa yang mengalir, kepada siapa dan siapa makan,” katanya melalui ciapan di Twitter, hari ini.

Semalam, Nik Abduh membuat pengakuan bahawa rakaman audio yang tular sebelum PRU14 adalah miliknya.

Ahli Parlimen Bachok itu turut mendedahkan beliau diminta oleh Abdul Hadi untuk menafikan perkara itu sebelum ini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, penyokong tegar Pas bermati-matian menafikan tentang Kerajaan Perpaduan (UG) sedangkan kerjasama itu sudah berlaku ketika itu.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum PRU14, penyokong tegar Pas mati-matian nafi mengenai UG dengan UMNO.

Sedangkan di belakang mereka, ada wang mengalir dari Umno kepada Pas (rujuk pengakuan YB Nik Abduh).

“Sedangkan di belakang memang sudah ada kerjasama dan perancangan bersama masuk PRU14 cuma ia gagal,” katanya.