Australia akan terus guna vaksin Covid-19 AstraZeneca

Vaksin AstraZeneca
Vaksin AstraZeneca
A
A
A

CANBERRA - Kerajaan Australia mengulangi komitmennya untuk terus menggunakan vaksin Covid-19 AstraZeneca, lapor Agensi Berita Xinhua.

Beberapa negara menangguhkan penggunaan AstraZeneca-Oxford berikutan laporan terdapat penerima vaksin itu mengalami masalah darah beku.

Ketua Perbendaharaan Australia, Josh Frydenberg pada Selasa berkata, tiada bukti mengaitkan vaksin itu dengan masalah darah beku.

"Pentadbiran Barangan Perubatan Eropah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengatakan vaksin AstraZeneca berkesan dan tidak ada bukti menunjukkan vaksin itu sendiri penyebab darah beku,” katanya.

Beliau berkata demikian beberapa jam selepas Ahli Parlimen Matt Canavan meminta penggunaan vaksin itu ditangguhkan sementara.

"Memandangkan kita berada di negara yang tidak menghadapi risiko penyebaran tinggi Covid-19 tentunya pendekatan yang bijaksana di sini adalah untuk menangguhkan penggunaannya dan menunggu hasil siasatan dalam beberapa bulan lagi," katanya.

Vaksin AstraZeneca akan menjadi tulang belakang program vaksinasi Covid-19 Australia dengan kerajaan bersetuju mendapatkan 53.8 juta dos, 50 juta daripadanya dihasilkan dalam negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: