Treler muatan sawit terbakar di lebuh raya

Lori berkenaan terbakar 90 peratus. - Foto Ihsan bomba
Lori berkenaan terbakar 90 peratus. - Foto Ihsan bomba
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu treler yang membawa muatan biji sawit berdepan detik cemas apabila kenderaannya terbakar dalam kejadian di Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.46 pagi.

Menurutnya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, treler berkenaan sedang marak terbakar.

"Dua jentera FRT dan satu EMRS dari BBP Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya dengan kekuatan keseluruhan seramai 14 orang anggota dikejarkan ke tempat kejadian diketuai oleh Komander Operasi, PBKII Anuar Abdullah.

"PKO bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula air dari pam jentera. Kebakaran itu memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan kenderaan," katanya.

Katanya, kebakaran berkenaan tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: