Maybank tekad kukuhkan cengkaman

Maybank mengekalkan rentak cemerlang apabila melakar dua kemenangan dalam dua perlawanan awal TNB MHL 2021.
Maybank mengekalkan rentak cemerlang apabila melakar dua kemenangan dalam dua perlawanan awal TNB MHL 2021.
A
A
A

MAYBANK mahu memastikan kemenangan ke atas Nurinsafi HT/Sports dalam aksi TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Pengendali Maybank, Azrul Effendy Bistamam berkata, beliau mengidamkan kemenangan bagi memastikan pasukan tersebut terus mengukuhkan kedudukan teratas liga.

"Perlawanan ketiga menentang Nurisafi Selasa ini amat penting untuk mengukuhkan kedudukan selain kami perlu lebih tajam di hadapan gol untuk mencari gol.

"Kami telah diuji dalam perlawanan menentang UiTM pada Ahad lalu dengan lawan bertahan dengan baik dan kami gagal menembusi pertahanan mereka. Mujur kami berjaya menjaringkan satu gol untuk memastikan kemenangan pasukan.

"Namun, perlawanan tersebut memberikan sesuatu yang perlu kami lakukan dan perbaiki menjelang perlawanan menentang Nurinsafi," katanya.

Maybank mencatatkan permulaan cemerlang dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia apabila menang ke atas TNB Thunderbolts 5-0 dan menewaskan UiTM pada Ahad.

Mengulas lanjut, Azrul Effendy tidak gusar dengan persembahan para pemain apatah lagi corak permainan baik dipamerkan dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

"Saya tidak rasa gusar dengan persembahan pemain, tetapi saya akan perbetulkan kelemahan pemain. Setakat ini saya puas hati dengan komitmen pemain terutama mereka berjaya mendapatkan mata dalam perlawanan yang diharapkan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, kami perlu terus fokus untuk perlawanan akan datang dan cuba mengekalkan rentak konsisten ini," katanya.