Sila log masuk terlebih dahulu.

615,98 pekerja asing jalani saringan Covid-19

Seramai 615,980 pekerja warga asing di negara ini telah menjalani ujian saringan wajib Covid-19 yang melibatkan 31,921 majikan. Foto 123RF
Seramai 615,980 pekerja warga asing di negara ini telah menjalani ujian saringan wajib Covid-19 yang melibatkan 31,921 majikan. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 615,980 pekerja warga asing di negara ini telah menjalani ujian saringan wajib Covid-19 yang melibatkan 31,921 majikan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 9,699 orang telah disahkan positif Covid-19, manakala 606,281 lagi adalah negatif.

Menurutnya, ujian saringan wajib itu yang tebaharu pada Sabtu membabitkan seramai 2,909 pekerja.

"Daripada jumlah pekerja yang menjalani ujian itu semalam (Sabtu), lapan orang disahkan positif Covid-19.

"Sehingga kini, sebanyak 1,520 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Menteri Pertahanan itu berkata, anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga telah membuat sebanyak 14 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara pada Sabtu.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 14 tapak binaan telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Secara keseluruhannya, CIDB sudah melakukan 16,143 pemeriksaan melibatkan 9,141 tapak binaan sejak 20 April 2020," katanya.

Artikel Berkaitan: