X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Persidangan antara ADUN ganti Sidang DUN

ASMUNI
A
A

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mencadangkan persidangan di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini diadakan menggantikan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh darurat.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata, persidangan yang dicadangkan itu sama Sidang DUN namun tidak mengguna pakai aturan rasmi Sidang DUN seperti penggunaan Cokmar dan sebagainya.

Menurutnya, cadangan itu dilihat sebagai pilihan yang boleh difikirkan bagi memastikan perbincangan mengenai masalah rakyat dapat diteruskan walaupun dalam tempoh darurat.

“Saya akan kemukakan cadangan ini kepada Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid supaya semua ADUN dapat mengadakan mesyuarat, bertanyakan soalan dan mendapatkan jawapan daripada pihak kerajaan.

“Sekurang-kurangnya Perak mempunyai inisiatif untuk menjalankan persidangan alternatif ketika Sidang DUN tidak boleh berjalan ketika darurat walaupun tidak membahaskan sebarang perkara berkaitan undang-undang,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Asmuni yang juga ADUN Manjoi berkata, cadangan tersebut juga akan dibincangkan bersama rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) malah mungkin ada ADUN kerajaan yang bersetuju.

Katanya, persidangan tersebut boleh diadakan di dalam Dewan Negeri dan berpakaian seperti Sidang DUN biasa cuma tidak boleh membahas serta membuat sebarang keputusan terhadap pindaan undang-undang atau berkaitan perkara tersebut.

Beliau berkata, ketika ini proses pembelajaran secara bersemuka di sekolah telah dimulakan malah pelbagai aktiviti sosial membabitkan orang ramai dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga turut dibenarkan.

Menurutnya, mungkin tidak menjadi kesalahan untuk persidangan antara wakil rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!