Jerman tahan bekas perisik rejim Syria

Penangkapan dua bekas perisik Syria susulan operasi polis di barat daya negeri Rhineland-Palatinate dan Berlin.
Penangkapan dua bekas perisik Syria susulan operasi polis di barat daya negeri Rhineland-Palatinate dan Berlin.
A
A
A

BERLIN - JERMAN . Polis Jerman menahan dua bekas perisik rejim Bashar Al-Asaad atas tuduhan jenayah kemanusiaan, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai, kata pegawai semalam.

Anwar R dan Eyad A ditahan pada Selasa, susulan operasi polis di barat daya negeri Rhineland-Palatinate dan Berlin, kata pejabat Pendakwa Persekutuan dalam satu kenyataan.

Anwar yang berusia 56 tahun adalah pegawai kanan Agensi Perisikan Syria sehingga September 2012 dan disyaki bertanggungjawab terhadap penyeksaan sistematik ratusan orang awam di kemudahan tahanan Al-Khatib di Damsyik.

Seorang lagi suspek, Eyad, 42, disyaki membunuh dua orang ketika bekerja untuk perisikan Syria antara Julai 2011 dan Januari 2012.

Beliau juga dituduh terlibat dalam penyeksaan dan penganiayaan terhadap sekurang-kurangnya 2,000 tahanan.

Sementara itu, Pusat Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia Eropah sebuah institusi berpusat di Berlin yang membantu mangsa penyeksaan di Syria, mengalu-alukan penangkapan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah penting dalam usaha menuntut keadilan. - Agensi

Artikel Berkaitan: