JBPM negeri saran wujudkan unit dron

Datuk Soiman (kiri) menanam pokok cempedak durian di pekarangan bangunan ibu pejabat JBPM Terengganu sebagai tanda ingatan sempena Lawatan Kerja Rasmi ke JBPM Terengganu pada Ahad.
Datuk Soiman (kiri) menanam pokok cempedak durian di pekarangan bangunan ibu pejabat JBPM Terengganu sebagai tanda ingatan sempena Lawatan Kerja Rasmi ke JBPM Terengganu pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di peringkat negeri disarankan mengambil inisiatif mewujudkan unit dron bagi kemudahan kekerapan pemantauan terutama di kawasan berisiko.

Timbalan Ketua Pengarah (pembangunan) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata, JBPM di setiap negeri digesa segera memulakan persiapan ini sama ada bekerjasama dengan syarikat swasta mahupun jabatan kerajaan terlibat.

"Semua sedia maklum hari ini kita berdepan dengan musim panas dan kering yang menyebabkan berlakunya kebakaran hutan terutama di lokasi yang meliputi sebahagian besar kawasan tanah gambut.

"Saya yakin JBPM negeri sudah mengenalpasti lokasi berisiko di negeri masing-masing dan ada antaranya melibatkan kawasan yang sukar dimasuki jika berlaku kebakaran, maka dalam situasi inilah kemudahan dron memainkan peranan.

"Jika hendak menunggu peruntukan disediakan, mungkin mengambil masa jadi mereka dinasihatkan tidak terlalu 'bergantung' dan perlu kreatif," katanya kepada pemberita selepas ditemui sempena Lawatan Kerja Rasmi ke JBPM Terengganu pada Ahad.

Katanya, sehingga hari ini, kemudahan unit dron disediakan di Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya yang dikendalikan di bawah Unit Udara.

Artikel Berkaitan: