X

Kindly register in order to view this article
!

2,330 warga emas terima vaksin Covid-19

Rina (kiri) menyampaikan bantuan kewangan pengoperasian tahunan kepada Pawe Slim Village.
A
A

IPOH - Seramai 2,330 warga emas di bawah institusi kebajikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menerima suntikan vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan April ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju melaksanakan imunisasi itu secara berperingkat sebagai usaha mencegah penularan wabak di institusi warga emas.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sedang mengumpul data keahlian Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) dan menyasarkan lebih 47,000 ahlinya menyertai program itu.

“Kita berharap warga emas dapat mendaftar untuk menyertai program imunisasi melalui saluran yang disediakan antaranya aplikasi My Sejahtera,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Pengoperasian Tahunan dan Penubuhan Pawe Baharu Perak di sini pada Sabtu.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.

Menurut Rina, kerjasama pelbagai agensi diperlukan untuk menghebahkan kebaikan program imunisasi itu kepada golongan warga emas di kawasan pedalaman.

“Kita mahu memberi kesedaran bahawa pelaksanaan program ini untuk kebaikan mereka dan mengelakkan was-was.

“Kita perlu kerjasama pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bantu menguar-uarkan keperluan vaksin bukan sahaja di bandar tetapi di pedalaman,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!