X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Alasan langgar lampu isyarat

Sebilangan penghantar makanan terpaksa melanggar lampu isyarat berkemungkinan kerana faktor cuaca. - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Sebilangan penunggang motosikal yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan terpaksa melanggar lampu isyarat berkemungkinan kerana faktor cuaca.

Menurut seorang penghantar makanan sambilan, Wan Loqman Wan Kamarudin, 25, tindakan itu juga mungkin dipengaruhi cubaan penghantar makanan terbabit mengejar tempahan pelanggan.

“Cuaca pada setiap hari tidak semestinya baik dan ada kalanya hujan. Jadi mungkin rider itu terpaksa langgar (lampu isyarat) setelah mendapati keadaan selamat.

“Dalam satu keadaan lagi, mungkin mereka terlalu mengejar tempahan yang ingin dihantar kepada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Loqman turut mengingatkan agar semua penghantar makanan menitik beratkan aspek keselamatan sewaktu menjalankan tugas.

Katanya, menunggang motosikal secara melulu bukan sahaja mengundang risiko bahaya, malah menyebabkan tempahan pelanggan rosak.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!