Longgokan 400kg daun ketum tepi pantai

Bungkusan daun ketum yang ditemui di pesisiran Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis awal pagi Jumaat.
Bungkusan daun ketum yang ditemui di pesisiran Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis awal pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA PERLIS – Sebanyak 40 bungkusan berisi daun ketum bernilai RM40,000 dirampas di pesisiran Pantai Kurung Tengar, di sini awal pagi Jumaat.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, sepasukan anggota PPM Wilayah Satu Kuala Perlis bersama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kuala Perlis menemui 400 kilogram daun ketum itu di dalam plastik hitam ketika melakukan rondaan Op Benteng.

Menurutnya, bungkusan itu ditemui sekitar jam 3.30 pagi bagaimanapun tidak berjaya menemui suspek yang terlibat.

“Semasa dalam rondaan, pasukan operasi ternampak longgokan beberapa bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

"Intipan dilakukan di kawasan sekitar selama lebih kurang satu jam namun tiada sesiapa menghampiri longgokan plastik tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Rosman berkata, pasukan operasi kemudiannya merampas kesemua bungkusan tersebut dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak kami akan terus membuat risikan bagi mengesan pemain dalam industri penyeludupan daun ketum ini dari masa ke masa,” katanya.

Katanya, kesemua rampasan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: